Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi Bersama Penjawat Awam Kelantan & Terengganu telah selamat diadakan pada Sabtu lepas bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Hamid Bidin, Kem Pengkalan Chepa. Majlis ini telah bermula pada pukul 2.00 petang dan dihadiri oleh semua penjawat awam Markas 8 Briged termasuk 3 dari Terengganu iaitu unit Rejimen 512 Askar Wataniah, 23 Skn RAJD (Aw) dan Batalion Ke-18 Askar Melayu DiRaja. Selain itu, ia turut dihadiri oleh pegawai awam dari Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) dan juga Pusat Latihan Khidmat Negera (PLKN).
Turut serta dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato' Junaidah binti Kamarrudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Mohd Zainy bin Mohamed Zain, Panglima Markas 8 Briged, YBhg. Brigedier Jeneral Dato' Nazari bin Abd Hadi, Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak, YBhg. Brigedier Jeneral Dato' Suhaimi bin Hussain serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.
Sel Awam mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan majlis ini. Segala kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung amatlah dikesali.
Catat Ulasan