Mesyuarat Agung Kesatria & Sambutan Hari Raya | Mesyuarat Agung Kesatria dan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru telah diadakan bertempat di Dewan Sri Pahlawan, Kem Desa Pahlawan. Seramai lebih kurang 136 orang ahli telah menghadiri mesyuarat ini.
Sambutan Hari Raya pula telah diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat Agung Kesatria. Acara cabutan nombor bertuah turut disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Awam yang juga merangkak Pengerusi Kesatria Cawangan Kelantan. Sebanyak 33 hamper, sebuah dapur, sebuah kipas, 9 keping sejadah, 2 botol minyak masak dan 2 patchwork telah disumbangkan oleh Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa iaitu Datuk Zaluzi bin Sulaiman dan Datin Syafiqa Annesia Leng. Manakala 1 hamper lagi adalah dari Pengerusi Kesatria Terengganu, Puan Halina binti Mohd Noor.
Antara menu-menu yang telah disediakan itu adalah nasi arab by 8 Woksyop, aiskrim / tapai by 506 AW, mihun singapura by Sel Awam, roti nan / pulut lepar by 21 Ramd, nasi impit kuah kacang by MSSDP, roti jala by 5 Rad, popia basah / kek by 16 Ramd, akok by 5 RRD/ 7 Rajd, kuih sagu / kuih apam by 15 Angkut, laksa / laksam by 8 Platun dan tapai / Ketupat by 8 KOD.
![]() |
aiskrim by 506 AW |
![]() |
Roti nan by 21 Ramd |
![]() |
Kek by 16 Ramd, Akok by 5RRD & Roti Jala by 5 RAD |
![]() |
Kuih Apam |
![]() |
Nasi impit by MSSDP |
Catat Ulasan