Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Di Kenang Peringkat Negeri Kelantan & Terengganu | Majlis telah diadakan pada 30 April 2018 (Isnin) bertempat di Hotel Crown Garden, Kota Bharu yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi. Turut hadir dalam majlis itu adalah Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.
Sel Pentadbiran Awam mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun ini.
Penerima APC (41 orang keseluruhannya yang terdiri daripada 25 orang staf termasuk dari Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Sokongan I dan 16 orang dari Sokongan II. Manakala penerima pingat Pekerti Terbilang dan sijil persaraan terdiri daripada pelbagai jawatan seramai 30 orang. Penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Anak-anak Staf Awam pula adalah seramai 12 orang.
Catat Ulasan